IEB Menghargai Mereka

Wednesday, October 12, 2011

Ikan Tilapia Masak Stim Suriram

Bahan-bahannya:


2 ekor Ikan Tilapia yang telah disiang dan dibersihkan bersaiz sederhana besar
4 ulas bawang merah yang diracik halus
3 ulas bawang putih juga diracik halus
1 ketul halia juga diracik halus
1 batang serai dihiris nipis
4 biji limau kasturi diperah untuk mendapatkan jusnya (guna limau nipis dan lemon juga boleh), jika tiada air asam jawa juga boleh
6 biji lada cili di hiris (bahan tambahan bagi yang meminati pedas)
1/2 kiub pati ayam atau 1/2 sudu  kecil serbuk pati ayam
1 1/2 sudu besar sos tiram atau sos ikan (terpulang pada masing-masing, IEB lebih suka menggunakan sos tiram)
Garam secukup rasa
Daun bawang sebagai hiasan dan untuk bauan

Cara Penyediaan:

Setelah ikan dibersihakan tos kan ikan sehingga kering, gaul garam bersama ikan sehingga rata, kemudian gaul ikan juga bersama sos tiram atau sos ikan dan juga kiub pati ayam atau serbuk pati ayam sehingga sebati. Perap ikan tersebut selama 5 - 10 minit.

Sementara itu taburkan separuh pada bahan-bahan yang telah di hiris juga diracik didalam bekas atau loyang memasak, kemudian masukkan ikan yang sudah diperap tadi didalam bekas untuk memasak ikan tersebut bersama bahan-bahan perapan ikan, kemudian masukkan separuh lagi bahan-bahan hiasan diatas ikan. Kemudian masukkan perahan jus limau tadi ke dalam ikan tersebut.

Anda boleh emmilih sama ada untuk stim kan ikan tersebut di dalam microwave atau masak di atas api dapur. Jika masak diatas dapur, sila gunakan bekas masakan yang nipis seperti aluminium untuk memudahkan proses ikan di masak.... Kemudiam masukkan ikan tersebut di dalam periuk kukus...

Selamat Mencuba, Jika tidak menjadi jangan marah yer korang, IEB bukan lah tukang masak profesional, hanya mengatahui ilmu masakan di dapur sendiri sahaja....

Tips: Kebiasaannya ikan air tawa berbau hanyir, untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut, basuh ikan bersama perahan air limau atau air asam jawa.....

Ayam Masak Ungkep Yellow Pages

Resepi mudah dan ringkas ini adalah masakan masyarakat Jawa sebenarnya koram, hari tu IEB ada publish gambar maakan di FB dan Kak Adish Shida meminta IEB untuk membuat entry resepi masakan tersebut. IEB cuba mahupun tak berapa nak pandai yer... Koram pun selamat mencuba...
Bahan-Bahanya :

1/2 Ekor ayam yang di potong sederhana kecil (lagi sedap menggunakan ayam tua atau ayam pencen)
2 Biji kentang (Nak pakai terung pun boleh macam IEB)
10 Tangkai cili api (bagi yang meminati pedas, boleh letak lebih)
2 Ketul kunyit hidup sebesar ibu jari
1 Ketul Halia sebesar ibu jari
5 Ulas bawang merah kecil
4 Ulas bawang putih
1 Batang serai
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Air putih


Cara Penyediaan :

Tumbukkan  cili api, kunyit, halia, bawang merah dan bawang putih separuh lumat (jangan lumat sangat) dan titik kan serai (tumbuk serai separuh hancur).

Panas kan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau aroma (jika koram nak blender pun boleh, IEB memilih untuk tumbuk sebab terasa asli masakan Ayam Ungkep tadi) dan masukkan garam secukup rasa.
Jika bahan tumisan tadi sudah naik bau dan garing sedikit, masukkan ayam bersama bahan sampingan kentang (jika anda mahu meletak terung, letak kemudian kerana terung sayuran yang cepat kecut). Masukkan air lebih kurang menutupi semua bahan-bahan tadi dan tutup....

Bila ayam sudah mula kecut dan seperuh masak, masukkan air asam dan tutup semula sehingga ayam tadi masak dan air kering (bagi yang menggunakan ayam tua tambah air sehingga ayam tadi betul-betul masak)

Mudah kan?? selamat mencuba semua.... Resepi Ayam Ungkep

Ungkep : memasak seuatu dalam tempoh amsa yang lama bagi penyerapan bahan-bahan tumisan di dalam ayam dan daging.

Kuali Senduk Dapur IEB

Assalamualaikum pembuka bicara... Alhamdulillah dengan Izin Yang Maha Esa IEB dapat membuka 1 blog masakan yang dah lama IEB impikan untuk membuatnya, cuma kekangan waktu tidak mengizinkan IEB untuk membukan Blog ini... Jutaan Terima Kasih IEB ucapkan pada mereka yang memberi sokongan pada Blog Isteri Encek Bard.... Kerana sokongan semua lah IEB berniat untuk membuat blog masakan yang diberi nama "Kuali Senduk Dapur IEB"

Di dalam Blog "Kuali Senduk Dapur IEB" ini akan memaparkan tips-tips masakan yang IEB tahu, penggunaan bahan masakan dan juga masakan-masakan yang IEB selalu masak di dapur untuk keluarga IEB. Terlebih dahulu IEB ingin memohon maaf kiranya apa yang disampaikan oleh IEB tidak dapat diterima umum atau tidak menjadi, sebab IEB bukan lah chef masakan profesional, IEB cuma mencurakan ilmu yang IEB tahu sahaja.

Ada apa disebalik nama Kuali Senduk Dapur IEB??? Kebiasaanya kuali sinonim dengan sudip, manakala senduk pula sinonim dengan periuk. Jika disambung keseluruhan perkataan itu, mesti jadi panjang pula nama blog IEB nie kan. Jadi untuk memendekkan nama tersebut dan menjadikan ianya unik IEB menggabungkan keperluan dapur tersebut menjadi Kuali Senduk. Manakala Dapur pula bermaksud dapur rumah IEB, apa yang pernah IEB masak di dapur rumah IEB....

IEB bukanlah sorang pakar masakan, cuma IEB tahu serba sedikit ilmu memasak. Sebenarnya IEB mula memasak selepas IEB berumahtangga dengan En. Bard.. Kalau dahulu IEB memang tidak berminat untuk memasak sehinggalah IEB bekerja. Kalau sebelum berkahwin dahulu IEB selalu makan maggie, nasik goreng dengan makanan yang senang masak lah, bila sudah berumahtangga barulah IEB mula berminat untuk memasak. Kalau tak masak nak bagu suami makan apa yer tak??? IEB juga banyak mempelajari ilmu masakan dari Mak dan Ayah IEB, Mak dan Ayah Mertua IEB juga tak lupa dari Encek Bard yang juga handal di dapur. Terima kasih buat mereka.... Disamping itu IEB juga sering mencuba masakan dari resepi-resepi yang di kongsikan oleh Cik Mat Gebu dalam blog Masakan beliau Dapur Tanpa Sempadan juga blog-blog masakan yang lain...... Terima kasih buat mereka yang tidak pernah lokek untuk menyampaikan pengatahuan mereka pada IEB...

Eh, terpanjang lebar pula mukadimah di "Kuali Senduk Dapur IEB" ni... Ok lah akhir kata, mai lah jenguk dapur buruk IEB ini sekiranya sudi.... Terima kasih buat kawan-kawan yang sentiasa menyokong blog IEB...