Resepi mudah dan ringkas ini adalah masakan masyarakat Jawa sebenarnya koram, hari tu IEB ada publish gambar maakan di FB dan Kak Adish Shida meminta IEB untuk membuat entry resepi masakan tersebut. IEB cuba mahupun tak berapa nak pandai yer... Koram pun selamat mencuba...
Bahan-Bahanya :
1/2 Ekor ayam yang di potong sederhana kecil (lagi sedap menggunakan ayam tua atau ayam pencen)
2 Biji kentang (Nak pakai terung pun boleh macam IEB)
10 Tangkai cili api (bagi yang meminati pedas, boleh letak lebih)
2 Ketul kunyit hidup sebesar ibu jari
1 Ketul Halia sebesar ibu jari
5 Ulas bawang merah kecil
4 Ulas bawang putih
1 Batang serai
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Air putih
Cara Penyediaan :
Tumbukkan cili api, kunyit, halia, bawang merah dan bawang putih separuh lumat (jangan lumat sangat) dan titik kan serai (tumbuk serai separuh hancur).
Panas kan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau aroma (jika koram nak blender pun boleh, IEB memilih untuk tumbuk sebab terasa asli masakan Ayam Ungkep tadi) dan masukkan garam secukup rasa.
Jika bahan tumisan tadi sudah naik bau dan garing sedikit, masukkan ayam bersama bahan sampingan kentang (jika anda mahu meletak terung, letak kemudian kerana terung sayuran yang cepat kecut). Masukkan air lebih kurang menutupi semua bahan-bahan tadi dan tutup....
Bila ayam sudah mula kecut dan seperuh masak, masukkan air asam dan tutup semula sehingga ayam tadi masak dan air kering (bagi yang menggunakan ayam tua tambah air sehingga ayam tadi betul-betul masak)
Mudah kan?? selamat mencuba semua.... Resepi Ayam Ungkep
Ungkep : memasak seuatu dalam tempoh amsa yang lama bagi penyerapan bahan-bahan tumisan di dalam ayam dan daging.
1 comment:
Saya selalu buat daging ungkep tapi lainlah pulak resipinya.Ada ketumbar, jintan kasar, jintan halus dan gula.Ungkep kalau tak manis, tak sedap!Kata orang jawalah. :D
Post a Comment